Free Blue Multi Glitter Pointer Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday 7 December 2013

TIPS KALAU KERETA KENA BANJIR

Kereta Tenggelam Sebab Banjir??? JANGAN SESEKALI START...!!

Kita tidak tahu bila musibah menimpa.Tambah-tambah dalam musim banjir ini.
Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan? Dan kadang-kadang, kita tidak sempat pun nak selamatkan harta benda berharga.
Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air.

>>>>Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan!

Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta,

>>>>JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA!!!

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer.

Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.
Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

>>>>Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya.

Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air!!!!

Jom SHARE untuk maklumat bersama...

SUMBER : Rakan-rakan Facebook.

Garam

Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah.

Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi
)

Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa?

Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita.

Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.

Sebab?

Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Wallahu'alam.

Taken from Saya suka bekerja dari rumah

Jangan lupa SHARE ilmu ini ye, kebaikkan bersama


  SHARE