Free Blue Multi Glitter Pointer Cursors at www.totallyfreecursors.com

Wednesday 2 July 2014

7 Keluarga Ikan Hiasan Paling Popular di Malaysia


Ikan hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan dianggap sebagai penyeri diruang rumah mahukan dijadikan sebagai aset penting seperti zoo dan pelancongan. Jom kita kenali ikan hiasan paling popular di Malaysia.


Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar.1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik.Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan

no 1

Dari keluarga Cyprinidae- Antaranya Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.



Ikan Barb,antara spesies ikan hiasan popular di Malaysia, terutamanya Tiger Bard, warnanya berbelang seperti harimau


via:maxxpeacock.blogspot.com
Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Sekarang menjadi ikan hiasan popular. Mempunyai 19 spesies diseluruh dunia dan hanya 3 spesies di Malaysia.


no 2

Dari keluarga Anabantidae. Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan dari keluarga ini ialah Ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.


Colissa Lailia,spesies ikan sepat hiasan popular

Pearl Gouramy, Ikan sepat memerlukan air yang masam ,elakkan menukar air selalu.Namun pastikan tangki atau akuarium anda bersih.


via:zouldahanblog.blogspot.com

Ikan Kaloi turut menjadi ikan hiasan yang popular di Malaysia




Ikan Pelaga, murah dan popular sebagai ikan hiasan, teringat zaman kanak-kanak dulu bawa bekas sauk dan balang ,cari ikan laga dan belut



no 3

Dari keluarga Poecilliidae. Antara yang paling popular dari spesies ini termasuklah IkanGuppy.Platy Molly dan SwordTail


Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor yang kembang dengan pelbagai warna dan corak, gambar atas ialah molly guppy dan gambar di bwah ialah tuxedo guppy

via: fish4fishlovers.blogspot.com


SwordTail antara ikan hiasan paling banyak di kedai akuarium negara, harganya murah dan senang untuk dibela.

No comments:

Post a Comment